Ops, sebenarnya saya bukan nak buat review pasal manga kegemaran saya kali ini. Saya cuma nak berkongsi sebuah laman web yang membolehkan anda membuat karakter manga anda sendiri, iaitu FaceYourManga.
FaceYourManga membenarkan anda mengubah suai karakter manga mengikut citarasa anda. Terdapat banyak pilihan mata, rambut, baju dan macam-mam lagi yang boleh diubah suai bagi mendapatkan karakter yang unik. Karakter yang sudah siap boleh anda simpan atau jadikan sebagai avatar untuk forum dan sebagainya. Avatar yang siap akan dihantar kepada emel anda.
Oleh kerana NoktahHitam dan Syam Aeropama telah membuat karakter manga mereka sendiri, saya pun ingin turut serta. Jadi, inilah rupa saya kalau saya berada dalam dunia manga:

Kiri: T-shirt kolar bulat hitam dan topi. Simple je, atau dengan kata lainnya, saya tak reti berfesyen >_<
Kanan: Jaket dan tali leher. Dan dilengkapi dengan kaca mata agar tampak matang dan berkaliber di hadapan klien dan majikan. Haha.
klik sini untuk ke website faceyourmanga
2 comments:
wekkkkk,,, boring!!! hhaa
Wow, incredible blog layout! How long have you been blogging for? you made running a blog glance easy. The full look of your web site is magnificent, let alone the content material!
Post a Comment