Thursday, September 11, 2008

Google Chrome: Cabaran Kepada Firefox

Google baru sahaja melancarkan web browser mereka sendiri yang dikenali sebagai Google Chrome. Ianya masih lagi berada dalam peringkat percubaan. Namun jika anda ingin mencubanya, anda sudah boleh mula download Google Chrome sekarang juga (untuk Windows Vista dan Windows XP). Anda juga boleh membaca komik ringkas yang menerangkan ciri-ciri Google Chrome.

Dapatkan Google Chrome di sinu


Kali pertama saya membuka Google Chrome, saya begitu tertarik dengan antaramuka yang begitu simple dan minimalistik. Google Chrome memberikan ruang yang luas untuk anda melayari laman web.



Dalam menguruskan tab, Google mengambil keputusan untuk menyerupai Opera, di mana address bar beserta butang-butang asas (Back, Forward, Reload) adalah berasingan bagi setiap tab. Kebanyakan shortcut bagi tab pula adalah sama sahaja dengan Firefox dan Opera.
Apabila anda membuka tab baru, Google Chrome akan memaparkan laman web yang paling kerap anda kunjungi. Fungsi ini seakan-akan sama Speed Dial yang terdapat dalam Opera. Di bahagian kanan pula, terdapat beberapa carian dan bookmark yang anda buat sebelum ini. Malah anda juga boleh membuka kembali tab yang telah ditutup dengan mudah, sama seperti fungsi Trash dalam Opera.



Taipkan sesuatu di address bar (dikenali sebagai omni-bar dalam Google Chrome), dan ia akan mencadangkan carian atau laman web yang relevan. Anda juga boleh terus bookmark satu-satu laman web dengan menekan ikon bintang di omnibar tersebut, sama seperti Firefox.



Terdapat satu mod dalam Google Chrome yang dikenali sebagai Incognito. Apabila anda mengaktifkan mod ini, Google Chrome tidak akan menyimpan rekod tentang laman web yang anda kunjungi, carian anda, atau sebarang cookie. Gunakan mod ini sekiranya anda tak mahu orang tahu laman web apa yang anda kunjungi.



Google Chrome juga mempunyai Task Manager tersendiri yang memaparkan maklumat tentang memori, CPU, dan network bagi setiap proses. Ini memudahkan anda untuk mengenalpasti proses apa yang menggunakan banyak memori dan mematikannya jika perlu. Jika mana-mana proses crash dalam Google Chrome, hanya proses tersebut yang perlu ditutup manakala proses-proses lain masih terjaga.



Google Chrome turut menyediakan fungsi Inspector yang menyerupai Firebug dalam Firefox dan Dragonfly dalam Opera. Alat ini sangat berguna buat para pembangun web.



Kesimpulan
Saya berpuas hati dengan kelajuan Google Chrome memaparkan laman web. Fungsi yang diperkenalkan Omnibar juga amat memudahkan. Gaya visual yang dipersembahkan juga amat menarik buat tatapan mata.
Dalam usaha Google menjadikan antamuka Google Chrome dan minimalistik, terdapat beberapa perkara yang ditinggalkan. Contohnya menu utama yang hanya dilambangkan oleh dua ikon sahaja, yang mungkin akan menyukarkan pengguna baru. Beberapa efek visual dalam Google Chrome juga adalah tidak perlu, malah menyekat produktiviti, seperti efek fade-in di status bar.
Google Chrome banyak mengambil fungsi-fungsi yang terdapat dalam Firefox, Opera, serta web browser yang lain bagi menjadikannya web browser yang hebat. Namun pengguna Firefox yang gemarkan extension, serta pengguna Opera yang cintakan fungsi built-in mungkin masih belum akan menukar web browser mereka.
Syabas kepada Google kerana dapat memberikan pandangan awal yang yang baik walaupun Google Chrome masih dalam peringkat percubaan. Apabila dipertingkat lagi, Google Chrome mampu memberikan saingan hebat kepada Firefox, mahupun web browser lain seperti Opera dan Internet Explorer.

No comments: