Thursday, September 11, 2008

Kawal PC Orang Lain Dengan TeamViewer

Alamak, PC aku masalah lagi!”, kata Sakinah. Kan bagus kalau waktu macam ni boleh minta Si Faizal tu untuk repair PC kan? Tapi malangnya Faizal duduk 10 batu jauhnya dari sini, dan mustahil kalau nak panggil dia datang sekarang.
Tak jadi masalah sebenarnya untuk Faizal membantu Sakinah, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. Faizalboleh akses dan kawal PC Sakinah secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Faizal akan digunakan untuk mengawalnya:

1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
2. Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.



3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang "Connect to Partner"



4. Kini Faizal dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah.Setelah selesai,hanya tutup sahaja Teamviewer ini untuk menamatkan sesi.Antara keistimewaan lain pada software ini adalah korang boleh gunakannya untuk bertukar-tukar fail,chat dan banyak lagi. Kalau tak install software ni pun takpe.ia boleh terus digunakan.Ingat pakai TeamViewer ini untuk tolong tengokkan komputer kawan,bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer orang lain ok^^

Dapatkan TeamViewer di sini

Bagaimana Nak Menggunakan Komputer Tanpa Mouse: Gunakan MouseKeys

Pernah tak anda mengalami keadaan di mana, anda harus menggunakan komputer tanpa mouse? Mungkin mouse anda hilang, mmungkin juga ianya rosak. Sekiranya ia berlaku, jangan lupa untuk rujuk kembali artikel ini, tentang cara-cara nak menggunakan komputer tanpa mouse.

- Tekan Win + R bagi melancarkan kotak Run. Taipkan "access.cpl" dan tekan Enter.



- Accessibility Options akan terbuka. Tekan Ctrl+Tab untuk pergi ke tab MouseKeys.
Tandakan pada kotak "Use MouseKeys" dengan menekan space pada keyboard anda.Tekan
Enter.

Kini anda boleh menggerakkan mouse anda dengan menggunakan Numeric Key Pad anda, iaitu bahagian nombor yang terletak pada kanan keyboard. Gunakan nombor 1 hingga 9 untuk menggerakkan mouse ke arah masing-masing. Untuk klik pula, gunakan:

5 untuk left-click
+ untuk double-click
- untuk right-click, diikuti dengan 5
/ untuk kembali kepada left-click



(gmbr dari wikipedia)


Apa itu Numeric Keypad? klik sini

Buka Yahoo Messenger Tanpa Perlu Install Apa-Apa Software



Pada kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda yang selalu menggunakan IM (Instant Messaging) seperti Yahoo Messenger. Biasanya, anda hanya perlu install software YM pada PC anda kan. Tapi, bagaimana pula jika anda menggunakan komputer di pejabat, ataupun Cyber Cafe? Kadang-kadang tempat seperti ini tidak dipasang dengan software tersebut.
Kalau anda nak buka YM tanpa install apa-apa software ke dalam PC, pergi ke laman web ebuddy!
. Laman web ini membolehkan anda membuka YM anda terus dari web browser. Hanya masukkan ID dan Password bagi akaun Yahoo anda, kemudian klik pada butang Sign In.

Selain dari Yahoo Messenger, eBuddy juga turut membolehkan anda log in pada MSN, AIM, Google Talk, dan MySpace. Anda juga boleh dapatkan ID bagi eBuddy anda sendiri dengan mendaftar di laman web tersebut.

Alternatif lain,anda juga boleh memasuki laman web meebo

Unstoppable Copier: Salin Fail Tanpa Gangguan

Jika kita menyalin sebuah folder yang bersaiz besar dan mempunyai kandungan fail yang banyak, sudah tentulah ia akan mengambil masa yang lama. Daripada duduk termanggu di depan monitor, adalah lebih baik kita tidur dan biarkan Windows menyelesaikan operasi tersebut. Namun keesokan hari kita mendapati keluar satu mesej: “Are you sure you want to continue?”. Adoi..

Unstoppable Copier boleh membantu anda untuk menyalin seluruh kandungan dalam folder tanpa sebarang gangguan. Perisian ini asalnya direka untuk menyalin fail-fail dari hard disk yang rosak. Oleh kerana banyak mesej error yang akan keluar sewaktu proses menyalin (akibat dari hard disk rosak), Unstoppable Copier akan memintas semua error tersebut dan terus menyalin.



Perisian ini akan turut melepasi sekatan anti-virus jika anti-virus mengesan apa - apa ancaman di dalam folder tersebut. Oleh itu anda harus beringat untuk scan folder tersebut dengan Anti-Virus apabila proses menyalin selesai.
Gunakan Unstoppable Copier dan anda tidak perlu risau lagi akan proses menyalin. Hanya tetapkan folder yang hendak disalin serta destinasinya, dan anda boleh tinggalkan komputer anda dengan senang hati.
Dapatkan Unstoppable Coper

di sini

Spreeder – Latih Diri Anda Untuk Membaca Sepantas Kilat



Spreeder adalah sebuah laman web yang dapat membantu anda untuk membaca dengan lebih pantas, iaitu menggunakan teknik speed reading. Hanya salin teks ke dalam Spreeder, dan ia akan memaparkan perkataan satu persatu dengan cepat.
Ok, bagi anda yang nak tahu apa itu speed reading dan kelebihannya, baca penerangan ringkas ni (diterjemahkan dan diubah dari prisoner24601 via Digg):

Bagi sesiapa yang tak biasa dengan teknik speed reading, mungkin anda kurang faham mengapa Spreeder menayangkan perkataan satu-persatu lalu anda bertanya, “Apa gunanya semua ni?”
Apabila anda membaca, biasanya anda akan ‘menyebut’ perkataan tersebut di dalam minda. Teknik speed reading ingin mengajar anda supaya TIDAK menyebut perkataan ini supaya anda dapat membaca dengan lebih pantas. Malah, daya kefahaman anda juga akan meningkat dengan membaca menggunakan cara ini.
Spreeder bermula dengan kelajuan yang biasa saja. Latih diri anda dengan meningkatkan kelajuan sedikit demi sedikit, sehingga anda tak perlu lagi ‘menyebut’ perkataan tersebut di dalam minda.
Cuba anda gunakan peralatan Spreeder ini untuk membaca bahan ilmiah (contohnya dari Wikipedia) untuk menguji keberkesanannya. Saya sendiri sudah mula memakai Spreeder untuk membaca artikel-artikel teknologi yang panjang di Internet.
Terlalu banyak yang nak dibaca, namun terlalu


website spreeder.com

Buat Karakter Komik Anda Sendiri Dengan FaceYourManga

Saya seorang kaki komik semenjak kecil lagi, dan komik-komik kegemaran saya datangnya dari Jepun, yang juga dikenali sebagai manga. Antara tajuk-tajuk terbaik pernah saya baca adalah seperti Blame!, Slam Dunk, Vagabond, dan One Piece.
Ops, sebenarnya saya bukan nak buat review pasal manga kegemaran saya kali ini. Saya cuma nak berkongsi sebuah laman web yang membolehkan anda membuat karakter manga anda sendiri, iaitu FaceYourManga.
FaceYourManga membenarkan anda mengubah suai karakter manga mengikut citarasa anda. Terdapat banyak pilihan mata, rambut, baju dan macam-mam lagi yang boleh diubah suai bagi mendapatkan karakter yang unik. Karakter yang sudah siap boleh anda simpan atau jadikan sebagai avatar untuk forum dan sebagainya. Avatar yang siap akan dihantar kepada emel anda.

Oleh kerana NoktahHitam dan Syam Aeropama telah membuat karakter manga mereka sendiri, saya pun ingin turut serta. Jadi, inilah rupa saya kalau saya berada dalam dunia manga:



Kiri: T-shirt kolar bulat hitam dan topi. Simple je, atau dengan kata lainnya, saya tak reti berfesyen >_<
Kanan: Jaket dan tali leher. Dan dilengkapi dengan kaca mata agar tampak matang dan berkaliber di hadapan klien dan majikan. Haha.

klik sini untuk ke website faceyourmanga

Tidak Perlu Taip "http://www" dan ".com" Lagi

Bukankah ia satu pembaziran apabila anda terpaksa memasukkan “http://”, “www”, dan “.com” setiap kali menaip alamat dalam Internet Explorer? Pembaziran la, membazir tenaga.

Sebenarnya ada satu cara mudah untuk menyertakan “http://”, “www”, dan “.com” secara automatik. Sebagai contoh, taip “google” pada Internet Explorer dan tekan Ctrl+Enter dan IE akan membawa anda kepada “http://www.google.com”
Selain .com, terdapat beberapa cara pintas yang lain:

Ctrl+Enter: Untuk alamat .com
Shift+Enter: Untuk alamat .net
Ctrl+Shift+Enter: Untuk alamat .org

Butang Alt boleh disertakan dengan mana-mana kekunci pintas di atas bagi membuka lman web pada tab yang baru.

Nak cekap lagi, gunakanlah Opera ^^

Google Chrome: Cabaran Kepada Firefox

Google baru sahaja melancarkan web browser mereka sendiri yang dikenali sebagai Google Chrome. Ianya masih lagi berada dalam peringkat percubaan. Namun jika anda ingin mencubanya, anda sudah boleh mula download Google Chrome sekarang juga (untuk Windows Vista dan Windows XP). Anda juga boleh membaca komik ringkas yang menerangkan ciri-ciri Google Chrome.

Dapatkan Google Chrome di sinu


Kali pertama saya membuka Google Chrome, saya begitu tertarik dengan antaramuka yang begitu simple dan minimalistik. Google Chrome memberikan ruang yang luas untuk anda melayari laman web.



Dalam menguruskan tab, Google mengambil keputusan untuk menyerupai Opera, di mana address bar beserta butang-butang asas (Back, Forward, Reload) adalah berasingan bagi setiap tab. Kebanyakan shortcut bagi tab pula adalah sama sahaja dengan Firefox dan Opera.
Apabila anda membuka tab baru, Google Chrome akan memaparkan laman web yang paling kerap anda kunjungi. Fungsi ini seakan-akan sama Speed Dial yang terdapat dalam Opera. Di bahagian kanan pula, terdapat beberapa carian dan bookmark yang anda buat sebelum ini. Malah anda juga boleh membuka kembali tab yang telah ditutup dengan mudah, sama seperti fungsi Trash dalam Opera.



Taipkan sesuatu di address bar (dikenali sebagai omni-bar dalam Google Chrome), dan ia akan mencadangkan carian atau laman web yang relevan. Anda juga boleh terus bookmark satu-satu laman web dengan menekan ikon bintang di omnibar tersebut, sama seperti Firefox.



Terdapat satu mod dalam Google Chrome yang dikenali sebagai Incognito. Apabila anda mengaktifkan mod ini, Google Chrome tidak akan menyimpan rekod tentang laman web yang anda kunjungi, carian anda, atau sebarang cookie. Gunakan mod ini sekiranya anda tak mahu orang tahu laman web apa yang anda kunjungi.



Google Chrome juga mempunyai Task Manager tersendiri yang memaparkan maklumat tentang memori, CPU, dan network bagi setiap proses. Ini memudahkan anda untuk mengenalpasti proses apa yang menggunakan banyak memori dan mematikannya jika perlu. Jika mana-mana proses crash dalam Google Chrome, hanya proses tersebut yang perlu ditutup manakala proses-proses lain masih terjaga.



Google Chrome turut menyediakan fungsi Inspector yang menyerupai Firebug dalam Firefox dan Dragonfly dalam Opera. Alat ini sangat berguna buat para pembangun web.



Kesimpulan
Saya berpuas hati dengan kelajuan Google Chrome memaparkan laman web. Fungsi yang diperkenalkan Omnibar juga amat memudahkan. Gaya visual yang dipersembahkan juga amat menarik buat tatapan mata.
Dalam usaha Google menjadikan antamuka Google Chrome dan minimalistik, terdapat beberapa perkara yang ditinggalkan. Contohnya menu utama yang hanya dilambangkan oleh dua ikon sahaja, yang mungkin akan menyukarkan pengguna baru. Beberapa efek visual dalam Google Chrome juga adalah tidak perlu, malah menyekat produktiviti, seperti efek fade-in di status bar.
Google Chrome banyak mengambil fungsi-fungsi yang terdapat dalam Firefox, Opera, serta web browser yang lain bagi menjadikannya web browser yang hebat. Namun pengguna Firefox yang gemarkan extension, serta pengguna Opera yang cintakan fungsi built-in mungkin masih belum akan menukar web browser mereka.
Syabas kepada Google kerana dapat memberikan pandangan awal yang yang baik walaupun Google Chrome masih dalam peringkat percubaan. Apabila dipertingkat lagi, Google Chrome mampu memberikan saingan hebat kepada Firefox, mahupun web browser lain seperti Opera dan Internet Explorer.

Tutorial Membuat Blog Menggunakan Akaun Blogger

Di sini,sy tunjukkan secara ringkas panduan membuat blog menggunakan akaun blogger.Selain itu,anda juga boleh membuat blog menggunakan akaun wordpress.Namun terpulang pada minat masing2.Di kesempatan ini,sy cuma memberi panduan membuat blog menggunakan blogger.Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog.Mari kita mulakan sekarang

Pertama sekali anda perlu mempunyai akaun blogger.Pergi ke laman web www.blogger.com dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:

1.Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat
yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.



2.Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.



3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.



4.Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:



5.Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.



6.Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.



Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?



7. Untuk mengubahsuai rupa blog anda,kebiasaannya di dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”



8. Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.



Contoh sidebar yang dihasilkan:



Ok, Sampai di Sini Dulu
Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda.Rujuk lah selalu kepada mereka yang pakar dalam blog jika anda menghadapi kemusyikilan di smping menambahkan lagi ilmu anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama ^^

FlashFace - Bercita-cita Ingin nak jadi penyiasat polis?

Saya pasti anda akan seronok dengan perkhidmatan yang diberikan oleh FlashFace.

Flashface menawarkan satu aplikasi DIY face dimana anda boleh melakar atau mencipta wajah seseorang semirip dengan wajah yang betul. Anda boleh lihat hasil yang dibuat oleh saya untuk wajah Chef Wan dengan mengunakan flashface.



Emm, mungkin tak sama tapi hampir bukan?

Flashface adalah lebih kurang sama dengan software yang digunakan oleh penyiasat polis, untuk melakar gambaran suspect mengikut testimoni saksi. Sebenarnya ada banyak lagi software yang serupa boleh dijumpai di internet, tetapi tiada yang sebaik flashface (ikut pandangan saya lah…)

Untuk mendapatkan perkhidmatan seperti ini dengan percuma adalah best giler. Cuma ada beberapa perkara flashface perlu ditambah seperti warna, 3D dan sebagainya.

Macamana pun, tidak ada registration atau sign up yang perlu dilakukan. So enjoy!

Alamat flashface : http://flashface.ctapt.de

Zamzar.com - Laman Web untuk Convert Files Online

Pernahkah anda ingin men’convert’ files tanpa perlu men’download’ software?

Kenapa tak cuba Zamzar?





Zamzar dapat men’convert’ semua jenis file ke file yang anda ingini secara online. Ia juga dapat men’download’ video dari Youtube, Metacafe, Ifilm etc. dan convert ke file avi, mp4 dan banyak lagi lah.

Cuma buruknya Zamzar ini ialah pada saiz file dimana ianya terhad sehingga 100mb sahaja.

Layari Zamzar di http://www.zamzar.com
http://www.zamzar.com

MagMyPic.com – Letak Gambar Anda Di Muka Depan Majalah (Magazine Cover)

Kadang-kadang seronok juga melihat wajah saya di muka hadapan majalah. Bolehlah berangan-angan sikit nak jadi popular. Cheewah!

Anda pun boleh cuba perkhidmatan percuma ini di MagMyPic!


Berikut merupakan contoh gambar saya yg telah sy uploadkan ke laman web ini untuk jd cover depan majalah



beFunky.com - Perkhidmatan Menukar Gambar ke Lukisan Kartun






Satu lagi perkhidmatan percuma yang best giler.

Dengan perkhidmatan dari beFunky, anda boleh mengubah gambar kesukaan anda kepada lukisan seperti kartun. Best bukan?

Ianya amat pantas dan mudah digunakan. Anda boleh gunakan gambar kartun anda di website peribadi seperti Friendster, Myspace dan sebagainya untuk mencantikkan lagi website anda

http://www.befunky.com/!

LikeBetter.com – kononnya Perkhidmatan Ini Dapat Membaca Diri Anda???



OK. Di likebetter.com, anda akan melihat 2 gambar. Pilih gambar yang mana anda lebih suka dan pilih lagi sehingga otak kecil di tengah menjadi merah. Dan apabila otak tu merah, klik ia untuk mengetahui apa yang mereka ‘found out‘ tentang anda.
klik sini ke laman web likebetter!

Wednesday, September 10, 2008

Kisah Executive muda dengan Anak Kecil......

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan
seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

SALAM RAMADHAN







Di Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh umat Islam baik di Malaysia atau pun di mana2 anda berada.Sempena kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini,perbanyakkanlah melakukan ibadah terutama sekali ibadat sunat seperti sembahyang malam,sedekah,gotong royong,sembahyang terawih dsb.Rebutlah 1001 keistmewaan pada bulan yg mulia ini.Gunakanlah peluang dengan sebaik mungkin selagi peluang masih ada,kita tidak tahu bila ajal kita dan mgkin juga kita tidak sempat berjumpa ramadhan tahun hadapan...Jadi luangkan lah ms di bln yg mulia ini dengan amal dan kebajikan...SALAM RAMADHAN

Monday, June 16, 2008

Membuat folder tersembunyi

Hari nie saya nak ajar buat folder tersembunyi kepada anda .Folder tersembunyi ni berguna juga kepada anda untuk sembunyikan fail-fail penting.

Langkah pertama :
Klik Kanan –> Select ‘New’ –> Folder




Langkah Kedua :
Sekarang “Rename” Kan Folder Tersebut

Tekan “ALT”, jangan lepaskan kemudian tekan 0160 pada Num Lock Keyboard anda.
Pastikan folder anda seperti gambarajah dibawah

(pst: blh jgk korang guna (alt+255).Konsepnya masih tetap sama)




Langkah Ketiga :
Klik Kanan pada folder, pilih properties.
Anda akan dipaparkan seperti gambarajah dibawah



Klik pada Customize –> Change Icon

Langkah Keempat :



Pilih Icon tersembunyi seperti gambarajah diatas.
Klik Ok, Kemudian Apply..



Sekarang anda telah berjaya membuat satu folder tersembunyi, untuk kepastian klik pada kawasan folder tadi. Anda akan dapat lihat kotak biru kecil seperti dalam gambar diatas. Selamat mencuba.

(sumber : http://www.azumass.com)

..:: Loghat Utara VS Loghat Timur ::..

sumber : tokeikedai.net

Loghat mana lebih munasabah?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah..

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! ;-) ekekeke

Cubalah jerit nama ABANG LEMAN..!!

KISAH INI BERLAKU DI KAMPUNG LEPAR HULU SELANGOR

Ada sepasang suami isteri yang baru berumahtangga,isterinya bernama Melor manakala suaminya bernama Wak Leman.
Boleh dikatakan hari-hari mereka melakukan hubungan
seks...Tiba-tiba, pada suatu hari... Wak Leman jatuh sakit.... dan
mati....Wak Leman nie memang tinggi ilmunya sebelum mati dia sempat berpesan pada isterinya "saying kalau abang mati kau jangan cari jantan lain, abang dah jampi anu abang.....jadi bila abang mati nanti kau potonglah anu abang.... bila kau
rasa gersang, kau cuma perlu jerit "Abang Leman!!!", maka anu abang
akan datang puas kan nafsu mu"...

Maka isterinya pun menurut pesanan aruah suaminya.... di potongnya anu
suaminya dan simpan di dalam peti sejuk.. Hari yang
berikutnya.....Melor pun mencuba lalu dia menjerit "Abang Lemann!!!!!"
maka anu suaminya pun terbang pergi mendapatkan isterinya.....Boleh
dikatakan setiap malam apabila gersang, Melor menjerit "Abang Leman!!!"

Perbuatan Melor itu menjadikan tanda tanya jirannya Mak Cik Nab yang dah berumur 60th... Akibat rasa ingin tahu Makcik Nab
pun mengadu dengan Joyah..."Kenapa aaa si melor tu tiap2 malam asik
menjerit panggil Abang Leman?? "Dia jerit macammana?", tanya
joyah...."macam nie.. Abang Lemaaaan!!!" maka terbanglah anu leman menuju ke pemanggilnya.... kesian Makcik Nab kene "underdog".

Cerita ini makin tersebar luas seluruh kampung sehingga ke pengetahuan Tok Penghulu.. "Tok! Kami nak mengadu... ada perogol
bersiri dalam kampong kita
nie,habis nenek2, Janda, Anak dara semua disapunya!" "iyeeeeee keee!!!
jawab tok penghulu dgn terperanjat...."Siapalah yang punya angkara nie
agaknya",tanya penghulu lagi.. "Entahlah tok tapi yang saya tahu semua
mangsa ada menyebut 'Abang Leman'", jawab Pak
Lebai...

" Apaaaaaa Abang Lemaaan!!!!" Jerit penghulu dengan
Marah....maka
terbanglah anu si leman ini menuju ke
pemanggilnya....Semenjak kejadian
itu
semua org kampung tak berani lagi menyebut nama
"Abang Leman", manakala
Tok
Penghulu Kampung itu masih lagi ditahan di Hospital
Kuala Selangor Kerana
mengalami koyak yang serius......

KEPADA PEMBACA HATI-HATILAH KETIKA MENYEBUT ABANG
LEMAN MUNGKIN INI AKAN
TERJADI PADA
ANDA.... KERANA ABANG LEMAN NI TAK MENGIRA MANGSA,
SAPA JERIT
SIAP LE DIA.... PERGGGHHHHH....!!!!!!!!!!
oleh itu dinasihatkan anda supaya tidak menjerit2
namer Abang
Leman....kalu
namer abang lain takper... Abang Leman memang tak
bole....!!!



FROM: "aza nizam"

Thursday, May 22, 2008

Ilmu Menaip,pantas ke korang menaip??

Tengah sibuk2 melayari internet terjumpa lak website ni…Nak tahu website apa? .. Website menguji ilmu menaip, kepantasan 10 jari anda diatas keyboard komputer anda… Mari Uji Kepantasan korang menaip.Dibawah keputusan kepantasan sy menaip, anda bagaimana?



61 words

Speed test

Wednesday, May 21, 2008

Membuka Windows dalam 10 saat

Nie salah satu cara nak buka windows dengan cepat, diuji pada windows XP SP2. Mungkin kat sesetengah komputer tak nampak kesan. Bergantung pada pc jugak ahh..

Cara-Cara:

Pergi ke start Button> pilih “Run”
Taip Regedit
Pergi ke key nie HKEY_LOACAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Contr ol\ContentIndex
Cari key “Startup Delay” dan double klik. Default value kat situ ialah 4800000. Ubah jadi 40000.
Siap, nak tengok kesan dia, cuba restart komputer..

p/s: kalau saper2 yang ragu2 nak buat tu, tak yah buat ahh.. jadik apa2 susah..

Tuesday, May 20, 2008

Menguji perisian antivirus anda

Berikut adalah panduan untuk anda mengetahui samada antivirus yang telah dipasang (installed) di komputer anda memberikan perlindungan atau pun tidak ke atas sistem anda. Tiada sebarang risikoyang akan terjadi daripada ujian ini. Anda hanyaperlu highlight script yang diberikan dan copy serta paste di dalam perisian Notepad. Save fail anda sebagai "Eicar.com" (tanpa tanda seru) dan lihat samada antivirus anda bertindak atau tidak ke atas fail ini.
Jika antivirus anda dapat mengesan dan melakukan arahan quarantine ataudelete dengan pantas, maka antivirus andaberoperasi dengan baik, tetapi jika sebaliknyatiada sebarang tindakan diambil, kemungkinan besar antivirus anda mengalami masalah tertentu.Berikut adalah script arahan yang anda perlu copy dan paste dalam Notepad dan save sebagai"Eicar.com" ;(hanya satu baris sahaja, bukan 2 atau lebih baris)

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

Sunday, May 18, 2008

Trik Menang permainanan FreeCell Game

Korang tentu pernah main permainan FreeCell yang dah tersedia dalam windows kan..Korang tak perlu bersusah payah pening kepala bermain pasal ada trik mudah untuk menang game ni...

Caranya pertama sekali korang bukak FreeCell pastu tekan F2 untuk New Game,korang cuma perlu tekan "Ctrl+Shift+F10"

Pastu ada 3 pilihan untuk anda pilih:

Abort ( Untuk menang game)
Retry ( Untuk Kalah game)
Ignore( Xde apa-apa)

Pastu klik pada pada daun terup dan kemudian klik sekali lagi...Jeng-Jeng!!!!Anda Sudah Menang!!!!