Thursday, September 11, 2008

FlashFace - Bercita-cita Ingin nak jadi penyiasat polis?

Saya pasti anda akan seronok dengan perkhidmatan yang diberikan oleh FlashFace.

Flashface menawarkan satu aplikasi DIY face dimana anda boleh melakar atau mencipta wajah seseorang semirip dengan wajah yang betul. Anda boleh lihat hasil yang dibuat oleh saya untuk wajah Chef Wan dengan mengunakan flashface.



Emm, mungkin tak sama tapi hampir bukan?

Flashface adalah lebih kurang sama dengan software yang digunakan oleh penyiasat polis, untuk melakar gambaran suspect mengikut testimoni saksi. Sebenarnya ada banyak lagi software yang serupa boleh dijumpai di internet, tetapi tiada yang sebaik flashface (ikut pandangan saya lah…)

Untuk mendapatkan perkhidmatan seperti ini dengan percuma adalah best giler. Cuma ada beberapa perkara flashface perlu ditambah seperti warna, 3D dan sebagainya.

Macamana pun, tidak ada registration atau sign up yang perlu dilakukan. So enjoy!

Alamat flashface : http://flashface.ctapt.de

No comments: