Thursday, September 11, 2008

Tutorial Membuat Blog Menggunakan Akaun Blogger

Di sini,sy tunjukkan secara ringkas panduan membuat blog menggunakan akaun blogger.Selain itu,anda juga boleh membuat blog menggunakan akaun wordpress.Namun terpulang pada minat masing2.Di kesempatan ini,sy cuma memberi panduan membuat blog menggunakan blogger.Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog.Mari kita mulakan sekarang

Pertama sekali anda perlu mempunyai akaun blogger.Pergi ke laman web www.blogger.com dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:

1.Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat
yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.



2.Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.



3. Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.



4.Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:



5.Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.



6.Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.



Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?



7. Untuk mengubahsuai rupa blog anda,kebiasaannya di dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”



8. Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.



Contoh sidebar yang dihasilkan:



Ok, Sampai di Sini Dulu
Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda.Rujuk lah selalu kepada mereka yang pakar dalam blog jika anda menghadapi kemusyikilan di smping menambahkan lagi ilmu anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama ^^

No comments: