Thursday, September 11, 2008

Unstoppable Copier: Salin Fail Tanpa Gangguan

Jika kita menyalin sebuah folder yang bersaiz besar dan mempunyai kandungan fail yang banyak, sudah tentulah ia akan mengambil masa yang lama. Daripada duduk termanggu di depan monitor, adalah lebih baik kita tidur dan biarkan Windows menyelesaikan operasi tersebut. Namun keesokan hari kita mendapati keluar satu mesej: “Are you sure you want to continue?”. Adoi..

Unstoppable Copier boleh membantu anda untuk menyalin seluruh kandungan dalam folder tanpa sebarang gangguan. Perisian ini asalnya direka untuk menyalin fail-fail dari hard disk yang rosak. Oleh kerana banyak mesej error yang akan keluar sewaktu proses menyalin (akibat dari hard disk rosak), Unstoppable Copier akan memintas semua error tersebut dan terus menyalin.



Perisian ini akan turut melepasi sekatan anti-virus jika anti-virus mengesan apa - apa ancaman di dalam folder tersebut. Oleh itu anda harus beringat untuk scan folder tersebut dengan Anti-Virus apabila proses menyalin selesai.
Gunakan Unstoppable Copier dan anda tidak perlu risau lagi akan proses menyalin. Hanya tetapkan folder yang hendak disalin serta destinasinya, dan anda boleh tinggalkan komputer anda dengan senang hati.
Dapatkan Unstoppable Coper

di sini

1 comment:

best erectile dysfunction pills said...

Unquestionably imagine that which you stated. Your favourite reason appeared to be on the internet the simplest thing to have in mind of. I say to you, I certainly get annoyed while folks think about concerns that they just don't recognise about. You managed to hit the nail upon the top and outlined out the entire thing without having side-effects , folks could take a signal. Will likely be back to get more. Thanks