Thursday, September 11, 2008

Kawal PC Orang Lain Dengan TeamViewer

Alamak, PC aku masalah lagi!”, kata Sakinah. Kan bagus kalau waktu macam ni boleh minta Si Faizal tu untuk repair PC kan? Tapi malangnya Faizal duduk 10 batu jauhnya dari sini, dan mustahil kalau nak panggil dia datang sekarang.
Tak jadi masalah sebenarnya untuk Faizal membantu Sakinah, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. Faizalboleh akses dan kawal PC Sakinah secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Faizal akan digunakan untuk mengawalnya:

1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
2. Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.



3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang "Connect to Partner"



4. Kini Faizal dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah.Setelah selesai,hanya tutup sahaja Teamviewer ini untuk menamatkan sesi.Antara keistimewaan lain pada software ini adalah korang boleh gunakannya untuk bertukar-tukar fail,chat dan banyak lagi. Kalau tak install software ni pun takpe.ia boleh terus digunakan.Ingat pakai TeamViewer ini untuk tolong tengokkan komputer kawan,bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer orang lain ok^^

Dapatkan TeamViewer di sini

2 comments:

Constantin Falcoianu said...

Faizal,
thanks for your post on TeamViewer from our crew here in Germany.

Although I don´t understand Turkish it looks like a well investigated post.

If you would like to stay tuned to TeamViewer news please subscribe to our feed:http://feeds.teamviewer.com/company/newsfeed.aspx

Regards,
Constantin

Encik TerBANG said...

anda di tag