Tuesday, May 20, 2008

Menguji perisian antivirus anda

Berikut adalah panduan untuk anda mengetahui samada antivirus yang telah dipasang (installed) di komputer anda memberikan perlindungan atau pun tidak ke atas sistem anda. Tiada sebarang risikoyang akan terjadi daripada ujian ini. Anda hanyaperlu highlight script yang diberikan dan copy serta paste di dalam perisian Notepad. Save fail anda sebagai "Eicar.com" (tanpa tanda seru) dan lihat samada antivirus anda bertindak atau tidak ke atas fail ini.
Jika antivirus anda dapat mengesan dan melakukan arahan quarantine ataudelete dengan pantas, maka antivirus andaberoperasi dengan baik, tetapi jika sebaliknyatiada sebarang tindakan diambil, kemungkinan besar antivirus anda mengalami masalah tertentu.Berikut adalah script arahan yang anda perlu copy dan paste dalam Notepad dan save sebagai"Eicar.com" ;(hanya satu baris sahaja, bukan 2 atau lebih baris)

X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-TEST-FILE!$H+H*

No comments: